Assalamualaikum, semua! Hari ini ana akan mengongsikan kepada anda sebuah cerita yang menarik.
Telah tamat 10 buku mengenai berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang. Daripada kuak dada, kuak lentang, kuak kupu-kupu, sehinggalah berenang dengan gaya bebas. Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya, dia masih tidak pandai berenang. "Kau perlu ada guru. Jangan hanya membaca daripada buku," nasihat seorang temannya. "Baiklah. Mulai esok aku akan berguru." "Mula-mula kita belajar mengapungkan diri," kata guru yang mengajarnya. "Baik. Kemudian?" "Julurkan tangan kanan ke hadapan dan tarik ke belakang dan sebelum tangan itu sampai ke belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan seperti tangan kanan tadi. Lakukan berulang-ulang." "Kedudukan kaki bagaimana?" "Kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuakan tangan," kata guru itu. " Perut,dada dan kepala bagaimana?" Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya. "Susah betul mengajar anak murid yang satu ni," keluhnya. Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak bertanya seperti itu payah diajar. "Engkau belajar sajalah dengan guru saya," katanya. "Wah! Tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru. Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kekusutan ini,"bisiknya. Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang. Sebaik saja meletakkan barang-barangnya, guru tersebut menolak murid itu ke dalam kolam. "Tolong! Tolong! Saya tidak pandai berenang!" Guru itu cuma melihatnya dengan selamba. Murid tersebut tenggelam dan timbul dalam kolam. Dia mula panik dan rasa takut. Tapi, dalam keadaan terdesak itu, dia ingat semula ilmu renang yang dipelajarinya. Akhirnya tanpa dia menduga, dia sudah mula berenang.
Pengajaran: Guru paling baik dalam hidup kita ialah Pengalaman. :-)
( Dipetik dari majalah Solusi Isu # 30 )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan