Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Sabtu, 31 Disember 2011

Ambang 2012

Assalamualaikum! Dan selamat tahun baru kepada anda semua!

Pejam celik mata, sedar-sedar dah nak masuk tahun 2012. Alhamdulillah. Umur kita masih dipanjangkan lagi.
Disini ana tidak mahu bertulis panjang, tetapi, kalau tengok balik sepanjang 2011 ini, banyak peristiwa
yang telah berlaku. Mungkin anda ada peristiwa yang paling anda suka dan anda merasa bangga dengannya.
Ada yang dapat kereta baru, handset baru, macam-macam lagi! Kalau ana, peristiwa yang paling ana suka, apabila mendapat sebuah MP4 yang dihadiahkan oleh ayah ana. Dan yang paling ana suka, ketika Malaysia mendapat pingat emas dalam sukan sea baru-baru ini. Wow! Itulah saat yang paling meloncat-loncatkan diri.

Walaubagaimanapun, ia sudah berlalu. 2 hari lagi nak sekolah. Ana tahun depan nak masuk form 4. So, pesana untuk kawan-kawan saya, Belajar rajin-rajin! Untuk kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat tahun baru dan selamat bersekolah kembali! Wassalam.:-)

Go Forward!!!! 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan