Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Sabtu, 20 Februari 2016

Apa Cerita?

Assalamualaikum, berjumpa lagi! Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan utk ana menulis lagi dekat sini. Memandangkan dah lama ana tak berlatih menaip panjang2, rasanya skrng ni bolehlah kot nak cuba...Takdelah gurau aje! Sikit je nak tulis ni. Rilek je. Ok,cuba tengok tajuk besar kat atas tu. Hah...mesti korang ingat ana nak buat cerita. Well, it's not! Sebenarnya ana nak cuba memberitahu tentang realiti hidup kita yang berkaitan dengan frasa kat atas tu.

Kalau korang pergi kat mana2, kedai kopi ke, kedai tudung ke, kedai kayu ke, shopping mall ke, hmm...mana mana lah! Mesti kalau ada orang jumpa kawan diorang yang dah lama x jumpa, mesti diorang akan tanya, "Ape cerita bro?!" Mesti korang pernah alami benda benda mcm ni kan? Ana pun banyak kali mengalaminya. Especially, bila orang tanya pasal blog ni. Aduh! Blog aje yg kene. Yelah orang kata, kalau dah lama x jumpa tu, mesti macam2 nak cerita dgn kawan2 kita. Tak kisahlah cerita apa apa pun. Diorang sentiasa dan akan selalu sedia mendengar. Walaupun cerita tu agak hambar, tapi member tu iyekan ajelah. Nak jaga hati kawan punya pasal. Biasalah tu.

Ok, apa yang nak ana ceritakan ni sebenarnya? So, macam yg ana cerita tadi, ana pun nak cerita dekat korang semua. Memandangkan ana pun dah lama menyepi dari dunia blog memblog ni, nak cerita skit pasal perkembangan terbaru ana ni. Ana sekarang sudah sambung belajar di KUIS sejak Jun 2014 lagi. Sekarang dah semester 4. Sem depan dah last sem. Haha...cepat masa berlalu kan? Ada orang tanya, apa cerita dgn company kat sana? Siapa yang handle? Ok, walaupun ana tidak bekerja secara zahir di sana tetapi ana masih memegang amanah sebagai CEO di Taufiq Studios. Semuanya dalam kendalian yang baik oleh staf2 yg berdedikasi. Selain blog ni, ana ada juga wordpress, dan Tumblr. Itu ialah blog sampingan yang masing - masing ada tujuannya tersendiri. Lepas ni bolehlah tengok2. Kiranya blog ni multipurpose lah.

Akhir kalam, itu sahajalah bebelan ana pepagi buta ni. Jika ada kesempatan masa, Inshallah ana akan menulis lagi di sini. Sebelum terlupa,kalau nak visit dua blog tu boleh tgk link yang ana sudah tulis di atas ruangan blog ini. Wassalam.

Jumaat, 19 Februari 2016

Kembali Setelah Setahun Setengah?!

Assalamualaikum, semua. Subhanallah...sudah lama ana tak menhadap blog ni. Ana rasa dah lebih kurang...emm...setahun lebih tak update apa2 dekat sini. Walau apa pun, Alhamdulillah, ada peluang menulis juga dekat sini. Ceritanya macam mane tau, tgh ana buat assingment and sambil2 tu surfinglah internet kejap, sekali terlintas kat fikiran ana ni nak tgk balik blog ana yang dah lama berdebu ni. Bila bukak, ana terkejut! Last, post blog ana ialah pada Mac 2014!!! Lama tu bro! Lepas tu dah tak bukak dah. Betul apa orang cakap, makin banyak media sosial ni berkembang, akhirnya blog pun akan tenggelam dek arus kebanjiran media sosial. Orang yang rajin menulis kt blog pun akan jadi malas menulis kat blog. Termasuklah ana. Tengok sahajalah pada Yahoo Massengers, G Mail, MySpace dan lain2. Semua dah tak popular. Bahkan org dah tak pandang dah pun! Tapi bagi ana, it's an old school stuff. Old school x pernah mengecewakan. Kita kekadang kena ingat jugak, apa yang ada skrg ni takkan ada kalau tiada benda yang lama. Jadi hargailah benda yang lama. So, itu sahaja coretan ana hari ini. Ana tak pasti sama ada ana akan buka lagi blog ni ataupun tidak, ataupun biar setahun baru bukak, haha! Tapi, Inshallah mudah - mudahan ada masa lagi nak menulis isi hati dan coretan ilmu dekat sini. Anyway, seronok dapat menulis semula dekat sini mengenangkan zaman kegemilangan tangan laju nak type. Dan ana rasa dah agak lewat sebenarnya, tapi ana nak cakap jugak! Selamat tahun baru 2016! Haha! Semoga berjumpa lagi. Wassalam. :-)

Isnin, 10 Mac 2014

Pesawat Hilang?

Assalamualaikum! Kita berjumpa lagi! Hari ni mesti korang tertunggu2 apalah cerita yg ana nak kongsikan pd petang ni, haa! Ni yg seronok nak citer ni. Petang ni ana nak share pasal citer pesawat hilang, apa nama pesawat tuh? Oh! MH370! Baru aku ingat, haiiihh! Okey, semua mesti dah tahu pasal kes ni. Tapi bagi ana mcm manalah tetiba pesawat yg besar giler bapak tu boleh hilang. Ana ingatkan duit je boleh hilang pesawat besar tu pun boleh hilang. Mcm2 lah. Ada org kata pesawat tu terhempas kat Laut China Selatan time otw fly ke Beijing, betullah tu. Ana baru dgr berita ni pun dari pagi semalam. Sampai hari ni x jumpa lagi kat mana pesawat tu. Ana pun x pasti mana satu berita yg betul TV3 ke CNN, TV3 memang sah2 lah x bertul! Citer Anwar Ibrahim pun diputar belit, ini plak kan citer pesawat 'besar' hilang tu. Bagi ana CNN lah betul. Dah diorang kata terhempas. Yg media kat Malaysia ni kata x betul plak. Menteri penganguktan siap bagi warning kat media luar lagi jgn timbulkan spekulasi, benda betul kena percayalah! Walau apa pun, betul x betul itu x penting tapi yg pasti kita berdoa agar Allah selamatkanlah penumpang pesawat 'besar' yg hilang tu. Apa yg berlaku mesti ade hikmahnya. Hmmm...itu ajelah utk hari ni. Sorilah pasal Anwar Ibrahim tu, kalau ade yg sensitif, benda betul kene bagitau. Yer dok. Jumpa lagi lah ye. Wassalam!

Sabtu, 8 Mac 2014

Syiah?

Assalamualaikum, apalah khabar korang semua ni? Okey. Sempena pagi Sabtu yg boleh kata panas jugak ni, ana akn share satu topik yg agak panas jugak ni. Huh! Apa tu? Kalau tgk tajuk kat atas tu, mesti korang terkejut beruk kan? Yang terkejut sampai masuk wad 3 bulan pun ada, x yah nak bohonglah!

Ok, straight to the point! Ada apa dgn binatang Syiah ni? Macam yg kita tahulah syiah ni ajaran yg jelas sesat yg sesat! Bahkan kerajaan pun dah haramkan ajaran ni diamalkan kat Malaysia ni. Yg mengasaskan syiah ni pun org Yahudi seingat ana Abdullah bin Saba' yg mengasaskannya, sejak zaman Khalifah Saidina Ali R.A lagi.Pd tahun lepas plak isu syiah ni kembali dibangkitkan oleh pihak tertentu, sampai kecoh satu Malaysia ni hah! Dan ada yg mempolitikkan isu syiah ni! Jadi, pandangan analah, memang x dpt dinafikan lagilah syiah pun wujud kat Malaysia ni, luar negara pun ada lagi2 Iran. Tapi, kenapa harus dipolitikkan isu ni, bagi ana ia sebuah isu Aqidah, isu umat Islam. Lepas tu plak kata ada pemimpin tertinggi PAS penganut Syiah, ana kalau boleh x naklah ckp pasal ni, tapi nak sedarkan korang, kena cakaplah! Ada lagi dahsyat lagi, kalau org yg x blaja agama nampak nama "Ali" je syiah, kalau org tu nama "Ali" dituduh syiah, kalau difikir balik nama Sahabat Nabi kot! Tak salah pun nak pakai nama "Ali" tu. Ada plak nampak org pakai baju hitam terus tuduh org tu Syiah. Aiiikkk! Macam2 lah!

So, ana nak nasihatkanlah, kita tahu syiah itu sesat tapi jgnlah tuduh org x tentu pasal. Kalau org tu kecil hati kita jugak yg bersalah. Betul tak? So, x salah kalau nak fanatik dgn Saidina Ali sbb dia jugak sahabat Nabi. Rasulullah pun galakkan kita mencintai para sahabat. Bagi org yg menuduh tu ( x nak ckplah siapa ) belajarlah agama, mantapkan ilmu agama tu dulu, xdelah main tuduh org somberono je. Secara kasarnya, nak tegur org tgk cermin kat rumah ko dulu WOOOIIII!!!

Itu ajelah. Ana bukan apa tiba2 cakap pasal syiah ni, tapi dah berlaku depan mata ana sendiri. Jadi, kenalah tegur. Sebelum mengakhiri 'ceramah' ana yg x seberapa ni, pesanan ana dalamkan lagi pengetahuan agama supaya kita x cepat menuduh org tu sesat dan supaya kita xdelah terjebak dgn ajaran sesat mcm syiah ni. Sama2 lah kita doa agar kita tetap dgn agama Islam yg benar ni sbb Allah ada kuasa nak bolak-balikkan hati kita ni, moga2 Allah melindungi kita dan melindungi agama Allah yg suci ni. Amin. Akhir sekali minta maaflah kalau ada terkasar bahasa kalau tertulis perkara yg sensitif kah, sorilah. Ana tulis pasal topik ni pun nak mengingatkan diri ana sendiri jugak, ana bukannya byk ilmu pun, Just nak kongsi pendapat je. Haa, itu sajalah ye! Semoga berjumpa lagi pada masa yg lain dgn perkongsian yg lebih "panas" lagi! Wallahua'lam :-)

Rabu, 5 Mac 2014

Awal Bulan 3

Testing mic 1...2...3...ehem...ehem... Assalamualaikum, jumpa lagi kita. Lama jugak ana x update blog ni. Apapun blog ni masih wujud sampai skrg. Haa, sedar tak sedar dah masuk bulan 3. Sepanjang bulan Februari ni banyak perkara yg telah berlaku, seperti sibuk dgn pembikinan album Shakir baru2 ni, sampai tertunggak komik ana tu. Lepas tu, sukan Hira' yg berlangsung bulan tu jugak. Sorilah x cerita pasal sukan hari tu dlm Blog ni, still sibuk dgn kerja. Selain itu, anak syarikat Taufiq Studios telah menubuhkan Taufiq Entertainment. Memang x dpt dijangka asalnya syarikat ana ni utk publishing shj, tapi si Shakir ni pulak dah tamat kontrak ngan AA Records, jadi ana pun "on" ajelah. Lagi tu plak musim kemarau sepanjang Februari ni. Nasib baiklah smlm hujan lebat giler bapak! Sejuk~. Utk bulan dua ni jugak dah byk spend $ utk album, syarikat mcm2lah! Itu sajalah cerita sepanjang bulan 2 ni. Ana harapkan moga yg terbaik pada bulan 3 ni, bulan ni jugak result SPM ana pun nak keluar. Berdebar aku...itu sajalah! Nanti kita jumpa lagi dgn perkongsian yg lebih lagi. Wassalam!

Sabtu, 1 Mac 2014

New Release...( Shakir )



Alhamdulillah, selesai sudah album terbaru drpd Shakir! Yang berjudul "Nasihat Buat Pemuda II". Baru selesai pagi tadi, dan kita pun dah hantar kat radio. Lepas ni boleh dengar kat radio. Untuk album "NMB II" ni, beliau cuba mengetengahkan konsep amalan hidup seorang insan dari kita bangun tidur sampai kita tidur balik! Haa! Bukan main lagi! Berbanding yg siri pertama dia lebih simple dan nasihat dia pulak mungkin menyentuh benda2 atau perkara yg kecil saja. Tapi, utk album ini ia lebih berat sedikit contentnya. Muzik pun boleh tahan. Dan ini album pertama terbitan Taufiq Ent. so dapatkan di pasaran! Launching dia akan diadakan di Hotel Palma , Selangor pada pukul 2 ptg nanti. Ni ada track listing skit...
                                   
1.Bangun / 2.Nasihat 1 / 3.Ibadah Hari Ini / 4.Nasihat 2 / 5.Kunci Rezeki / 6.Nasihat3 / 7.Hari Ini / 8.Nasihat 4 / 9.Ilmu / 10.Nasihat 5 / 11.Selawat Kepadanya / 12.Nasihat 6 / 13.Indah Dunia / 14.Nasihat 7/
15.Akhirat Kita / 16.Nasihat 8 / 17.Indah Dunia ( Insrumental ) *Bonus Track

Semua ada 17 trek tak termasuk selingan nasihatnya. Kalau full song ada 8 lagu. Suara latar untuk selingan nasihatnya pulak ialah Ust. Al - Manshawi. Lama x dengar  berita Ustaz ni ye...Dia pun akan keluar album nanti. Bawah syarikat yang sama. Inshallah. Boleh dapatkan dipasaran atau di iTunes. Enjoy it :-)

Sabtu, 22 Februari 2014

Ayam (Part 4) - Last Episode

Assalamualaikum!!! Wahhh!!! Lama x jumpa anda semua! Ana pun rindu ni. Hari ini ana nak sambung "hikayat" sang ayam yg terkurung di dalam reban! Apa kesudahan cerita ini yea? Kalau nak tau, bacalah citer ni sampai habis ye! Satu lagi, sori sbb mengambil masa untuk menyambung cerita ni. Sori sangat! Okey..let's begin our story!

Seolah-olah tiada harapan! Sang ayam terus berfikir, mencari jalan untuk melarikan diri. Tetiba, dia terpaku sebentar! Dia mencapai sebatang kayu. Lalu memukul Pak Bakar! Aik? Pandai pulak ayam ni pukul orang! Argh! Takpelah! Lalu ayam yg dipegang Pak Bakar pun terlepas. Mereka bertiga berlari dengan begitu pantas seperti burung unta. Lajuuuuuu! Pak Bakar pun kejarlah ayam2 tu. Tetiba, ayam tu berpecah. Pak Bakar makin pening dibuatnya. Dia pun kejarlah ayam Pak Sadum tu dulu. Ayam mahal tuh. Kalau melepas rugi! Itulah yg ada dlm pikiran Pak Bakar ketika itu. Dia pun mengejar dgn sekuat hati...jalan mati! Oh! Mcm mana nak lari ni? Pak Bakar telah mengepungnya. Sang ayam mula bingung x tau nak lari ke mana. Pak Bakar mencapai sang ayam dan memegang erat kepak ayam itu dgn ganas. Dia berkokok meminta tolong. Dua ekor ayam lagi tiba-tiba datang meluru menyerang Pak Bakar. Pak Bakar menjerit kesakitan. Ternyata kuku ayam memang menyakitkan kalau dicakar. Kebetulan pulak "ekzos" ayam tu betul2 dekat muka Pak Bakar, ayam tu pun melepaslah bahan "toksik" dia! Ayam2 tu pun lari! Ya! Mereka berjaya melarikan diri walau disaat yang genting. Berakhirlah kisah Sang Ayam yg bijak! ( x berapa nak bijak pun! )

Itulah penamat kisah ini, so ibrahnya, kalau x cuba lagi, mana tahu. Saya kagum dgn sikap ayam ni walaupun disaat yg genting dia masih ingin mencuba utk melarikan diri. Dan hasilnya, berjaya jugak! Mcm kita juga kalau kita x cuba lagi benda tu, kita x tau lagi apa hasilnya. Ini blum apa2 lagi dah cakap susah. Padahal belum cuba lagi benda tu. Mcm tulah jugak dlm beribadah. Tgk nampak mcm susah nak buat benda tu, tapi bila buat benda tu, senang sebenarnya. Cubalah! Tak rugi pun. Apa lagi kalau benda tu boleh menyumbang kepada ganjaran pahala yg sgt tinggi! Tak nak kah? Nak kan? So, cuba jgn x cuba! Wallahua'lam...

Sabtu, 8 Februari 2014

Habis sudah.....


Ya...itu dia! Sedikit sebanyak liputan yg kami telah buat. Inshallah, kalau ada masa nanti kita akan videokan bagi rasa syok skit tgk! Tapi, x taulah bila nak release. Doakan! Itu saja...wassalam...:-)
kat wardrobe...bukan ana yang tangkap...jgn salah sangka!
majlis sdg berjalan...

K.Alia Engagement Highlight

Assalamualaikum! Apa khabar korang semua!? Alhamdulillah, harap korang sihat2 ajelah ya? Ok, pagi ni ana akan tunjukkan apa yg ana dah janji semalam! OK! Ini dia!

Pada minggu lepas, ana telah menjadi wakil pihak media bagi Taufiq Studios utk membuat liputan mengenai majlis pertunangan kakak saudara ana, kak Alia di Pulau Pinang. Ana telah bergerak ke sana pd hari jumaat bersama dgn kru2 penerbitan yg lain. Majlis tu telah diadakan pada hari Sabtu iaitu pada 1 Februari 2014. So, sepanjang menjadi wakil media disana, memang x dpt nafikan memang sentiasa sibuk dgn kamera amik gambar sana sini. Kami berada di majlis itu dari pagi sampailah ke petang utk meng"update" liputan di situ. Fuuuhhh...memang sibuk! Dapat makan satu pinggan je! Cet! Tapi, takpelah. Majlis tu berakhir pd pkul 5 ptg tepat! Dah habis tu, Kak Alia sempat tanya ana, "masuk tv ke nanti?" ana pun cakaplah "ini bukan media tv, ini media syarikat publishing punyeeee!" tapi, alang2 tu nak memenuhi permintaan dia, ana pun letaklah dlm blog ni. Hmmmm...itulah al-kisahnya. Anyway, ana x nak membebel panjang, korang tgklah gambar2 tg ada ni! We have some pic to you!!!!


                             Suasana majlis....meriah boohhh!!!
Makaaaaan!!!!
Sedapnya....Aqilah...

Engagement Highlight ( Coming Soon )



Assalamualaikum, jgn terkejut tgk gambar sensasi ana ni...he..he..tapi, utk tahu apa disebalik gambar sensasi ni dgn tajuk kat atas tu, hah! Jgn lupa lawati blog ana esok utk tahu apa terjadi sebenarnya. Wassalam! 

Rabu, 5 Februari 2014

Ayam...( Part 3 )

Assalamualaikum sekali lagi! Fuh...mesti korang tertunggu2 apa kisah seterusnya Sang Ayam ni...haa..alang2 tu, bacalah kisah selanjutnya ini... Pak Bakar mencekik ayam yang diambilnya itu dengan rakusnya...mereka tidak tahu ingin berbuat apa, sang ayam pun apa lagi, dia merempuh reban itu beberapa kali, sehinggalah lubang terbentuk di ruang dinding reban itu. Dan dua ekor ayam itu pun berjaya melarikan diri! Yeaaahhh!!! Oppp!! Tunggu dulu...belum lagi. Pak Bakar pun, apa lagi dia lepaskan ayam yang dia sikit lagi nak sembelih tu, dia dengan tidak berlengah lagi, terus mengejar dua ekor ayam itu. Sampai ke hujung jalan mengejarnya, maka dua ekor ayam itu terus berlari dan berlari....tup...tup...tup..."jalan mati?" Oh tidak! Mereka tidak berjaya melepaskan diri rupanya kali ni. Mereka terkepung. Pak Bakar sudah pun berjaya menangkap dua ekor ayam itu. Dengan bongkaknya dia ketawa dengan angkuhnya sambil berkata,"ingat ko boleh lari dari aku? Ha...ha...ha...!" hilanglah harapan mereka untuk melarikan diri. Matilah diorang dibuat kenduri malam tu... Sesampainya mereka ke reban yang maha besar tu, "Eh! Mana ayam tadi?" ayam itu sudah melarikan diri rupanya...inilah peluang keemasan bagi mereka! ...(bersambung)...

Khamis, 30 Januari 2014

Ayam...(Part 2)

Assalamualaikum! Sekali lagi kita berjumpa lagi hari ni utk sambung citer semalam. Nikmatilah!:-) Sang ayam mula mencari jln utk keluarkan diri daripada reban yg maha besar itu. Pelbagai idea dan ilham utk melarikan diri dari reban itu. Maka sang ayam pun memanggil semua ayam2 di situ dan berkumpul utk bermesyuarat bagaimana utk melepaskan diri dari reban tersebut. Seekor ayam bangun dan membangkang cadangan sang ayam tadi,"ko x yah nak sibuk2 pikir nak lari dari reban ni! kalau ajal tu nak dtg dia dtg jugak!"tapi,sang ayam tetap tidak menghiraukan bangkangan ayam tadi. Dia tetap tidak berputus asa memikirkan jln utk lari dari reban itu. Sejam berlalu,seekor demi seekor ayam dikeluarkan dan disembelih oleh Pak Bakar. Ayam2 lain dlm reban itu terus memerhatikan penyembelihan yg kejam dan zalim itu tanpa mampu berbuat apa2. Sang ayam terus berfikir dan berfikir mengerah otak kecilnya. "sudahlah tu! mati jugak kita nanti!". Sang ayam tetap tidak mempedulikan kata2 ayam tadi. Dia terus berfikir....berfikir....berfikir...berfikir....dan berfikir, sehingga bilangan ayam di dlm reban itu hanya tinggal tiga ekor. Seekor ayam mula bersuara, "ko ni x serik lagi ke? kita dah nak mati dah...malaikat maut tgh tunggu kat tempat sembelih tu!!" sang ayam pula membalas, "walaupun harapan utk kita hidup sgt tipis dan seolah2 tiada harapan lagi, aku yakin kita akn dpt keluar dari reban penyeksaan ni!" dia tetap bersemangat dan tetap teguh keyakinan dirinya. Tiba2 seekor ayam diambil utk dibawa ke tempat penyembelihan. Mereka berdua cemas. Tak tahu nak buat apa...... Nak tahu apa terjadi selepas itu? Saksikan Part 3 pd masa akn dtg....TUNGGU!!! (Bersambung...)

Rabu, 29 Januari 2014

Ayam... (Part 1)

Assalamualaikum! Fuh! Lama x menghadap blog ni...anyway...ana akn kongsikan sebuah cerita pada petang yg sgt panas ni. Enjoy!:-) Seekor ayam sedang berjln2 di Jln Hj.Tarmidi. Ayam itu milik Pak Sadum. Pada satu pagi tu, adalah seorang pakcik ni, nama dia Pak Bakar. Dia cakap kat Pak Sadum nak beli ayam Pak Sadum yg berjln kehulur kehilir kampung. Tapi, Pak Sadum x setuju sbb dia mmg x jual ayam tu. Setelah ditawar-menawar barulah Pak Sadum setuju nak jual ayam tu dkt Pak Bakar. Pak Sadum pun, pergi cari ayam dia, sampai kehujung kampung mencarinya. Hampir tiga jam cari ayam tu! Kalau kita, dah lama kita biar ayam tu hilang. Kalau mati lantaklah dia! Tapi, Pak Sadum ni, kerana wang yg ditawarkan Pak Bakar tu sanggup dia cari ayam dia sampai hujung kampung. Akhirnya, jumpalah ayam bertuahnya itu lalu dijual terus kpd Pak Bakar. Pak Bakar pun bawak dia pergi dkt sebuah reban dan dimasukkan ke dlm reban yg sgt besar!!! "Besarnya reban ni!" Getus sang ayam dlm hati. Sang ayam pun berfikir, apa motif tuannya menjual dirinya kpd Pak Bakar sampai masuk dlm reban besar yg eksklusif ni? Byk ayam pulak tu! Tetiba, ada seekor ayam menjerit berkokok meminta tolong. Sang ayam dan ayam2 yg lain dlm reban itu merasa gerun. Sang ayam pun bertanya kpd ayam disebelahnya..."kenapa dia terjerit mcm ayam gila?"(dlm bahasa ayam). Dia pun menjawab,"ko x tau ke? ini pusat sembelihan!" jantung sang ayam berdegup kencang secara tiba2! (Bersambung.....)

Khamis, 2 Januari 2014

Welcome 2014

Assalamualaikum! Alhamdulillah, setahun 2013 telah berlalu kini 2014 pula menjelma. Inshallah pagi ni tak banyak Ana nak cakap cuma Ana ingin mengingatkan anda semua bahawa segala peristiwa yang berlaku sepanjang 2013, tidak kira ia satu bencana atau satu nikmat pasti Ada hikmahnya tersendiri. Dan moga-moga tahun 2014 pada kali ini Akan menjadi tahun yang paling bermakna buat anda. Bagi yang menduduki exam UPSR, PMR & SPM pada tahun ini, semoga berjaya! Dan mereka yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini ataupun semalam selamat berjuang dalam menuntut ilmu. Yang first time masuk asrama tahun ni, jangan nangis...he..he.. Semoga berjumpa lagi pada masa Akan datang. Wallahua'lam!