Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Khamis, 30 Januari 2014

Ayam...(Part 2)

Assalamualaikum! Sekali lagi kita berjumpa lagi hari ni utk sambung citer semalam. Nikmatilah!:-) Sang ayam mula mencari jln utk keluarkan diri daripada reban yg maha besar itu. Pelbagai idea dan ilham utk melarikan diri dari reban itu. Maka sang ayam pun memanggil semua ayam2 di situ dan berkumpul utk bermesyuarat bagaimana utk melepaskan diri dari reban tersebut. Seekor ayam bangun dan membangkang cadangan sang ayam tadi,"ko x yah nak sibuk2 pikir nak lari dari reban ni! kalau ajal tu nak dtg dia dtg jugak!"tapi,sang ayam tetap tidak menghiraukan bangkangan ayam tadi. Dia tetap tidak berputus asa memikirkan jln utk lari dari reban itu. Sejam berlalu,seekor demi seekor ayam dikeluarkan dan disembelih oleh Pak Bakar. Ayam2 lain dlm reban itu terus memerhatikan penyembelihan yg kejam dan zalim itu tanpa mampu berbuat apa2. Sang ayam terus berfikir dan berfikir mengerah otak kecilnya. "sudahlah tu! mati jugak kita nanti!". Sang ayam tetap tidak mempedulikan kata2 ayam tadi. Dia terus berfikir....berfikir....berfikir...berfikir....dan berfikir, sehingga bilangan ayam di dlm reban itu hanya tinggal tiga ekor. Seekor ayam mula bersuara, "ko ni x serik lagi ke? kita dah nak mati dah...malaikat maut tgh tunggu kat tempat sembelih tu!!" sang ayam pula membalas, "walaupun harapan utk kita hidup sgt tipis dan seolah2 tiada harapan lagi, aku yakin kita akn dpt keluar dari reban penyeksaan ni!" dia tetap bersemangat dan tetap teguh keyakinan dirinya. Tiba2 seekor ayam diambil utk dibawa ke tempat penyembelihan. Mereka berdua cemas. Tak tahu nak buat apa...... Nak tahu apa terjadi selepas itu? Saksikan Part 3 pd masa akn dtg....TUNGGU!!! (Bersambung...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan