Welcome to TaufiqOfficial .com
Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.
Jumaat, 19 Februari 2016
Kembali Setelah Setahun Setengah?!
Assalamualaikum, semua. Subhanallah...sudah lama ana tak menhadap blog ni. Ana rasa dah lebih kurang...emm...setahun lebih tak update apa2 dekat sini. Walau apa pun, Alhamdulillah, ada peluang menulis juga dekat sini.
Ceritanya macam mane tau, tgh ana buat assingment and sambil2 tu surfinglah internet kejap, sekali terlintas kat fikiran ana ni nak tgk balik blog ana yang dah lama berdebu ni. Bila bukak, ana terkejut! Last, post blog ana ialah pada Mac 2014!!! Lama tu bro! Lepas tu dah tak bukak dah. Betul apa orang cakap, makin banyak media sosial ni berkembang, akhirnya blog pun akan tenggelam dek arus kebanjiran media sosial. Orang yang rajin menulis kt blog pun akan jadi malas menulis kat blog. Termasuklah ana. Tengok sahajalah pada Yahoo Massengers, G Mail, MySpace dan lain2. Semua dah tak popular. Bahkan org dah tak pandang dah pun! Tapi bagi ana, it's an old school stuff. Old school x pernah mengecewakan. Kita kekadang kena ingat jugak, apa yang ada skrg ni takkan ada kalau tiada benda yang lama. Jadi hargailah benda yang lama.
So, itu sahaja coretan ana hari ini. Ana tak pasti sama ada ana akan buka lagi blog ni ataupun tidak, ataupun biar setahun baru bukak, haha! Tapi, Inshallah mudah - mudahan ada masa lagi nak menulis isi hati dan coretan ilmu dekat sini. Anyway, seronok dapat menulis semula dekat sini mengenangkan zaman kegemilangan tangan laju nak type. Dan ana rasa dah agak lewat sebenarnya, tapi ana nak cakap jugak! Selamat tahun baru 2016! Haha!
Semoga berjumpa lagi. Wassalam. :-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan