Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Sabtu, 31 Disember 2011

Ambang 2012

Assalamualaikum! Dan selamat tahun baru kepada anda semua!

Pejam celik mata, sedar-sedar dah nak masuk tahun 2012. Alhamdulillah. Umur kita masih dipanjangkan lagi.
Disini ana tidak mahu bertulis panjang, tetapi, kalau tengok balik sepanjang 2011 ini, banyak peristiwa
yang telah berlaku. Mungkin anda ada peristiwa yang paling anda suka dan anda merasa bangga dengannya.
Ada yang dapat kereta baru, handset baru, macam-macam lagi! Kalau ana, peristiwa yang paling ana suka, apabila mendapat sebuah MP4 yang dihadiahkan oleh ayah ana. Dan yang paling ana suka, ketika Malaysia mendapat pingat emas dalam sukan sea baru-baru ini. Wow! Itulah saat yang paling meloncat-loncatkan diri.

Walaubagaimanapun, ia sudah berlalu. 2 hari lagi nak sekolah. Ana tahun depan nak masuk form 4. So, pesana untuk kawan-kawan saya, Belajar rajin-rajin! Untuk kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat tahun baru dan selamat bersekolah kembali! Wassalam.:-)

Jumaat, 9 Disember 2011

Belajar berenang?

Assalamualaikum, semua! Hari ini ana akan mengongsikan kepada anda sebuah cerita yang menarik.

Telah tamat 10 buku mengenai berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang. Daripada kuak dada, kuak lentang, kuak kupu-kupu, sehinggalah berenang dengan gaya bebas. Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya, dia masih tidak pandai berenang. "Kau perlu ada guru. Jangan hanya membaca daripada buku," nasihat seorang temannya. "Baiklah. Mulai esok aku akan berguru." "Mula-mula kita belajar mengapungkan diri," kata guru yang mengajarnya. "Baik. Kemudian?" "Julurkan tangan kanan ke hadapan dan tarik ke belakang dan sebelum tangan itu sampai ke belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan seperti tangan kanan tadi. Lakukan berulang-ulang." "Kedudukan kaki bagaimana?" "Kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuakan tangan," kata guru itu. " Perut,dada dan kepala bagaimana?" Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya. "Susah betul mengajar anak murid yang satu ni," keluhnya. Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak bertanya seperti itu payah diajar. "Engkau belajar sajalah dengan guru saya," katanya. "Wah! Tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru. Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kekusutan ini,"bisiknya. Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang. Sebaik saja meletakkan barang-barangnya, guru tersebut menolak murid itu ke dalam kolam. "Tolong! Tolong! Saya tidak pandai berenang!" Guru itu cuma melihatnya dengan selamba. Murid tersebut tenggelam dan timbul dalam kolam. Dia mula panik dan rasa takut. Tapi, dalam keadaan terdesak itu, dia ingat semula ilmu renang yang dipelajarinya. Akhirnya tanpa dia menduga, dia sudah mula berenang.

Pengajaran: Guru paling baik dalam hidup kita ialah  Pengalaman. :-)
( Dipetik dari majalah Solusi Isu # 30 )

Jumaat, 18 November 2011

Adab Membeli Belah

  • Hendaklah membaca doa masuk ke pasar atau kedai.
  • Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja.
  • Elakkan berhutang!!
  • Dapatkan pandangan orang yang memang ahli dalam urusan pembelian jika membeli produk yang kita tiada ilmu tentangnya.
  • Elakkan pembaziran dengan membeli terlalu banyak atau membeli benda-benda yang tidak perlu.
  • Pastikan barangan itu HALAL!!!
  • Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar dengan kadar yang menzalimi hak orang yang kita berurus niaga dengannya.
  • Utamakan urus niaga dengan orang islam melainkan setelah tiada pilihan.
  • Sediakan senarai benda yang hendak dibeli.
  • Jaga muamalat lelaki dan wanita.
  • Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas dan sebagainya.
Inilah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi pada minggu ini. Semoga kita dapat mengamalkannya! :-)

Ahad, 30 Oktober 2011

Album terbaru Irfan Makki 2011

Assalamualaikum. Pada hari ini akan menceritakan kepada anda sebuah album terbaru dari seorang artis yang agak terkenal juga iaitu Irfan Makki.

Album ini sudah berada di pasaran Malaysia pada September yang lepas. Album ini mempunyai 13 trek. Album yang berjudul 'I Believe' berkonsepkan ketuhanan dan pujian terhadap Junjungan besar Rasulullah S.A.W. Ada satu 'single' yang dikhususkan untuk ibadah haji iaitu 'Waiting For Your Call'. Yang paling unik sekali ada tiga lagu yang berbahasa Hindi sepenuhnya iaitu 'Lab pae taii', 'Allahu' dan 'Khayal'. Album ini juga turut menampilkan Maher Zain dalam single 'I Believe'. Dan Inshallah akan memuaskan hati para pendengar kerana irama muziknya yang menarik dan rancak.

TRACK LISTING

1.Waiting For Your Call
2.Mabrook ( Malay Version)
3.I Believe ( feat. Maher Zain)
4.Lab paa aa tai
5.Mamma
6.Palestine
7.Allahu
8.You and I
9.Khayal
10.I'm So Sorry
11.Al-Amin
12.Mabrook ( Hindi Version)
13.I Believe ( feat. Maher Zain *Acoustic Version*)

Untuk maklumat lanjut layari
www.facebook.com/irfan makki
atau
www.youtube.com/awakeningrecords