Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Sabtu, 20 Februari 2016

Apa Cerita?

Assalamualaikum, berjumpa lagi! Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan utk ana menulis lagi dekat sini. Memandangkan dah lama ana tak berlatih menaip panjang2, rasanya skrng ni bolehlah kot nak cuba...Takdelah gurau aje! Sikit je nak tulis ni. Rilek je. Ok,cuba tengok tajuk besar kat atas tu. Hah...mesti korang ingat ana nak buat cerita. Well, it's not! Sebenarnya ana nak cuba memberitahu tentang realiti hidup kita yang berkaitan dengan frasa kat atas tu.

Kalau korang pergi kat mana2, kedai kopi ke, kedai tudung ke, kedai kayu ke, shopping mall ke, hmm...mana mana lah! Mesti kalau ada orang jumpa kawan diorang yang dah lama x jumpa, mesti diorang akan tanya, "Ape cerita bro?!" Mesti korang pernah alami benda benda mcm ni kan? Ana pun banyak kali mengalaminya. Especially, bila orang tanya pasal blog ni. Aduh! Blog aje yg kene. Yelah orang kata, kalau dah lama x jumpa tu, mesti macam2 nak cerita dgn kawan2 kita. Tak kisahlah cerita apa apa pun. Diorang sentiasa dan akan selalu sedia mendengar. Walaupun cerita tu agak hambar, tapi member tu iyekan ajelah. Nak jaga hati kawan punya pasal. Biasalah tu.

Ok, apa yang nak ana ceritakan ni sebenarnya? So, macam yg ana cerita tadi, ana pun nak cerita dekat korang semua. Memandangkan ana pun dah lama menyepi dari dunia blog memblog ni, nak cerita skit pasal perkembangan terbaru ana ni. Ana sekarang sudah sambung belajar di KUIS sejak Jun 2014 lagi. Sekarang dah semester 4. Sem depan dah last sem. Haha...cepat masa berlalu kan? Ada orang tanya, apa cerita dgn company kat sana? Siapa yang handle? Ok, walaupun ana tidak bekerja secara zahir di sana tetapi ana masih memegang amanah sebagai CEO di Taufiq Studios. Semuanya dalam kendalian yang baik oleh staf2 yg berdedikasi. Selain blog ni, ana ada juga wordpress, dan Tumblr. Itu ialah blog sampingan yang masing - masing ada tujuannya tersendiri. Lepas ni bolehlah tengok2. Kiranya blog ni multipurpose lah.

Akhir kalam, itu sahajalah bebelan ana pepagi buta ni. Jika ada kesempatan masa, Inshallah ana akan menulis lagi di sini. Sebelum terlupa,kalau nak visit dua blog tu boleh tgk link yang ana sudah tulis di atas ruangan blog ini. Wassalam.

Jumaat, 19 Februari 2016

Kembali Setelah Setahun Setengah?!

Assalamualaikum, semua. Subhanallah...sudah lama ana tak menhadap blog ni. Ana rasa dah lebih kurang...emm...setahun lebih tak update apa2 dekat sini. Walau apa pun, Alhamdulillah, ada peluang menulis juga dekat sini. Ceritanya macam mane tau, tgh ana buat assingment and sambil2 tu surfinglah internet kejap, sekali terlintas kat fikiran ana ni nak tgk balik blog ana yang dah lama berdebu ni. Bila bukak, ana terkejut! Last, post blog ana ialah pada Mac 2014!!! Lama tu bro! Lepas tu dah tak bukak dah. Betul apa orang cakap, makin banyak media sosial ni berkembang, akhirnya blog pun akan tenggelam dek arus kebanjiran media sosial. Orang yang rajin menulis kt blog pun akan jadi malas menulis kat blog. Termasuklah ana. Tengok sahajalah pada Yahoo Massengers, G Mail, MySpace dan lain2. Semua dah tak popular. Bahkan org dah tak pandang dah pun! Tapi bagi ana, it's an old school stuff. Old school x pernah mengecewakan. Kita kekadang kena ingat jugak, apa yang ada skrg ni takkan ada kalau tiada benda yang lama. Jadi hargailah benda yang lama. So, itu sahaja coretan ana hari ini. Ana tak pasti sama ada ana akan buka lagi blog ni ataupun tidak, ataupun biar setahun baru bukak, haha! Tapi, Inshallah mudah - mudahan ada masa lagi nak menulis isi hati dan coretan ilmu dekat sini. Anyway, seronok dapat menulis semula dekat sini mengenangkan zaman kegemilangan tangan laju nak type. Dan ana rasa dah agak lewat sebenarnya, tapi ana nak cakap jugak! Selamat tahun baru 2016! Haha! Semoga berjumpa lagi. Wassalam. :-)