Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Sabtu, 22 Februari 2014

Ayam (Part 4) - Last Episode

Assalamualaikum!!! Wahhh!!! Lama x jumpa anda semua! Ana pun rindu ni. Hari ini ana nak sambung "hikayat" sang ayam yg terkurung di dalam reban! Apa kesudahan cerita ini yea? Kalau nak tau, bacalah citer ni sampai habis ye! Satu lagi, sori sbb mengambil masa untuk menyambung cerita ni. Sori sangat! Okey..let's begin our story!

Seolah-olah tiada harapan! Sang ayam terus berfikir, mencari jalan untuk melarikan diri. Tetiba, dia terpaku sebentar! Dia mencapai sebatang kayu. Lalu memukul Pak Bakar! Aik? Pandai pulak ayam ni pukul orang! Argh! Takpelah! Lalu ayam yg dipegang Pak Bakar pun terlepas. Mereka bertiga berlari dengan begitu pantas seperti burung unta. Lajuuuuuu! Pak Bakar pun kejarlah ayam2 tu. Tetiba, ayam tu berpecah. Pak Bakar makin pening dibuatnya. Dia pun kejarlah ayam Pak Sadum tu dulu. Ayam mahal tuh. Kalau melepas rugi! Itulah yg ada dlm pikiran Pak Bakar ketika itu. Dia pun mengejar dgn sekuat hati...jalan mati! Oh! Mcm mana nak lari ni? Pak Bakar telah mengepungnya. Sang ayam mula bingung x tau nak lari ke mana. Pak Bakar mencapai sang ayam dan memegang erat kepak ayam itu dgn ganas. Dia berkokok meminta tolong. Dua ekor ayam lagi tiba-tiba datang meluru menyerang Pak Bakar. Pak Bakar menjerit kesakitan. Ternyata kuku ayam memang menyakitkan kalau dicakar. Kebetulan pulak "ekzos" ayam tu betul2 dekat muka Pak Bakar, ayam tu pun melepaslah bahan "toksik" dia! Ayam2 tu pun lari! Ya! Mereka berjaya melarikan diri walau disaat yang genting. Berakhirlah kisah Sang Ayam yg bijak! ( x berapa nak bijak pun! )

Itulah penamat kisah ini, so ibrahnya, kalau x cuba lagi, mana tahu. Saya kagum dgn sikap ayam ni walaupun disaat yg genting dia masih ingin mencuba utk melarikan diri. Dan hasilnya, berjaya jugak! Mcm kita juga kalau kita x cuba lagi benda tu, kita x tau lagi apa hasilnya. Ini blum apa2 lagi dah cakap susah. Padahal belum cuba lagi benda tu. Mcm tulah jugak dlm beribadah. Tgk nampak mcm susah nak buat benda tu, tapi bila buat benda tu, senang sebenarnya. Cubalah! Tak rugi pun. Apa lagi kalau benda tu boleh menyumbang kepada ganjaran pahala yg sgt tinggi! Tak nak kah? Nak kan? So, cuba jgn x cuba! Wallahua'lam...

Sabtu, 8 Februari 2014

Habis sudah.....


Ya...itu dia! Sedikit sebanyak liputan yg kami telah buat. Inshallah, kalau ada masa nanti kita akan videokan bagi rasa syok skit tgk! Tapi, x taulah bila nak release. Doakan! Itu saja...wassalam...:-)
kat wardrobe...bukan ana yang tangkap...jgn salah sangka!
majlis sdg berjalan...

K.Alia Engagement Highlight

Assalamualaikum! Apa khabar korang semua!? Alhamdulillah, harap korang sihat2 ajelah ya? Ok, pagi ni ana akan tunjukkan apa yg ana dah janji semalam! OK! Ini dia!

Pada minggu lepas, ana telah menjadi wakil pihak media bagi Taufiq Studios utk membuat liputan mengenai majlis pertunangan kakak saudara ana, kak Alia di Pulau Pinang. Ana telah bergerak ke sana pd hari jumaat bersama dgn kru2 penerbitan yg lain. Majlis tu telah diadakan pada hari Sabtu iaitu pada 1 Februari 2014. So, sepanjang menjadi wakil media disana, memang x dpt nafikan memang sentiasa sibuk dgn kamera amik gambar sana sini. Kami berada di majlis itu dari pagi sampailah ke petang utk meng"update" liputan di situ. Fuuuhhh...memang sibuk! Dapat makan satu pinggan je! Cet! Tapi, takpelah. Majlis tu berakhir pd pkul 5 ptg tepat! Dah habis tu, Kak Alia sempat tanya ana, "masuk tv ke nanti?" ana pun cakaplah "ini bukan media tv, ini media syarikat publishing punyeeee!" tapi, alang2 tu nak memenuhi permintaan dia, ana pun letaklah dlm blog ni. Hmmmm...itulah al-kisahnya. Anyway, ana x nak membebel panjang, korang tgklah gambar2 tg ada ni! We have some pic to you!!!!


                             Suasana majlis....meriah boohhh!!!
Makaaaaan!!!!
Sedapnya....Aqilah...

Engagement Highlight ( Coming Soon )



Assalamualaikum, jgn terkejut tgk gambar sensasi ana ni...he..he..tapi, utk tahu apa disebalik gambar sensasi ni dgn tajuk kat atas tu, hah! Jgn lupa lawati blog ana esok utk tahu apa terjadi sebenarnya. Wassalam! 

Rabu, 5 Februari 2014

Ayam...( Part 3 )

Assalamualaikum sekali lagi! Fuh...mesti korang tertunggu2 apa kisah seterusnya Sang Ayam ni...haa..alang2 tu, bacalah kisah selanjutnya ini... Pak Bakar mencekik ayam yang diambilnya itu dengan rakusnya...mereka tidak tahu ingin berbuat apa, sang ayam pun apa lagi, dia merempuh reban itu beberapa kali, sehinggalah lubang terbentuk di ruang dinding reban itu. Dan dua ekor ayam itu pun berjaya melarikan diri! Yeaaahhh!!! Oppp!! Tunggu dulu...belum lagi. Pak Bakar pun, apa lagi dia lepaskan ayam yang dia sikit lagi nak sembelih tu, dia dengan tidak berlengah lagi, terus mengejar dua ekor ayam itu. Sampai ke hujung jalan mengejarnya, maka dua ekor ayam itu terus berlari dan berlari....tup...tup...tup..."jalan mati?" Oh tidak! Mereka tidak berjaya melepaskan diri rupanya kali ni. Mereka terkepung. Pak Bakar sudah pun berjaya menangkap dua ekor ayam itu. Dengan bongkaknya dia ketawa dengan angkuhnya sambil berkata,"ingat ko boleh lari dari aku? Ha...ha...ha...!" hilanglah harapan mereka untuk melarikan diri. Matilah diorang dibuat kenduri malam tu... Sesampainya mereka ke reban yang maha besar tu, "Eh! Mana ayam tadi?" ayam itu sudah melarikan diri rupanya...inilah peluang keemasan bagi mereka! ...(bersambung)...