Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Ahad, 15 Disember 2013

Kita baca, kita maju!

Assalamualaikum,dan selamat pagi pada semua pembaca! Hari ni ana akan kongsikan kepada anda sebuah pengisian sempena pagi Ahad yang indah ni... Pertama sekali, mari kita lihat kemajuan pada zaman ini tarletak pada umat mana? Ya! Kita melihat pada hari ini negara orang kafir yang paling banyak membangun dan paling maju. Sebab apa? Diorang rajin membaca! Dengan menuntut ilmu melalui pembacaan maka kemajuan akan diperoleh oleh umat tersebut. Mengapa tiba-tiba ana berbicara mengenai perkara remeh ini? Ya. Semua orang menganggap membaca ini adalah sesuatu perkara yang remeh. Tetapi, setelah ana menonton sebuah rancangan daripada Arab iaitu, "Al-Khawater" mengupas tentang isu semasa umat Islam pada zaman ini. Pada episod tersebut ia menyentuh tentang isu membaca di kalangan orang Islam. Sejak dari itu, ana terkesan dengan episod yang dipaparkan. Dengan itu, ana terdorong untuk menyebarkan perkara ini. Dalam episod tersebut mereka telah membuat perbandingan dengan orang Arab(Islam) dengan orang putih(orang kafir). Pengacara tersebut menemubual seorang pemuda Islam, dan dia berkata, "Saya tak gemar membaca. Dan saya baca buku sekali sahaja itupun saya tidak ingat tajuk buku tersebut." Kemudian, mereka menemubual seorang warga Amerika. Dia menjawab, "Saya banyak membaca buku-buku novel Dan membaca buku tentang ekonomi Dan isu semasa. Saya juga menggalakkan anak-anak saya membaca apa-apa sahaja buku ketika sedang berada di dalam kereta Dan ketika menunggu bas". Lihat! Mana lagi banyak membaca. Orang kafir jugak! Sebab itulah kita masih di dalam era kemunduran kerana kita kurang membaca. Lihat saja di negara kafir, ramai Ibubapa menggalakkan mereka membaca buku. Bahkan artis mereka pun menggalakkan kanak-kanak membaca! Kalau artis Malaysia ada buat tak? Confirm takde!!! Itu baru tanya orang Arab, kalau tanya orang Malaysia, "rilek aaa...tak baca pon dpt ilmu byk." Ana telah membuat survey pada kalangan remaja kita hari ini, kebanyakan dari mereka menjawab jawapan diatas. Jawapan yang paling sombong sekali, "ada aku kisah? Pergi balik rumah baca buku sorang2! Takyah nak sibuk ajak orang!" Siap mencarut lagi. Inilah realiti umat Islam kita hari ini. Bila Islam nak maju kalau Ada pemuda mcm ni? Akhir sekali, ana menyeru pada semua orang, renungkanlah sebentar slogan ini, kita baca, Allah Akan muliakan kita. Kalau orang Islam baca Allah Akan muliakan kita. Begitu juga sebaliknya. Jadi, bermula pada hari ini, bacalah walau satu buku asalkan Istiqamah. Bukankah Islam menuntut kita untuk membaca? Kenapa kita tak nak ikut? Wahyu pertama yang diturunkan pada Rasulullah pun tentang membaca. Betapa pentingnya membaca ini. Pesanan terakhir sebelu mengakhiri perkongsian ini, org kafir sudah membaca Dan terbukti, mengapa kita tak nak ambil peluang ini? Fikirkan Dan renungkan. Sehingga berjumpa lagi pada masa Akan datang. Wassalam...

Sabtu, 7 Disember 2013

Masa & Teknologi

Assalamualaikum semua! Wah, sudah lama ana tak menghadap blog ni. Secara jujurnya tahun 2012 sampailah tahun 2013 ni, sibuk betul dengan kerja-kerja yang penting, kerja sekolah, komik, macam2 lagi lah! Sekarang, Alhamdulillah, dah habis SPM takdelah kerja banyak sangat. Hari ni, kerja buat komik je..
Tapi, itu bukan apa yang ana nak cakap hari ni. Ana nak share mengenai masa dan teknologi.

Apa kaitan masa dengan teknologi ni? Huish! Ada. Siapa kata takde. Kalau siapa perasan sejak kebelakangan ini, masa yang kita lalui ini terasa cepat. Contoh, dah 6 tahun duduk Hira' tapi rasa macam setahun. Jadi, berdasarkan kajian yang ana telah buat selama ni ia terbahagi kepada dua faktor. Faktor pertama dari segi lahiriyah, faktor kedua dari segi rohaniyah!

Dari segi lahiriyah, kepesatan teknologi kita pada hari ini memang memudahkan kita, dalam masa yang sama ia boleh membazirkan masa kita. Ana bagi contoh mudah, dulu tak ada internet, Facebook, Twitter, Instagram segala bagai tu. Jadi, mereka akan meluangkan masa dengan berjalan-jalan kat bandar, berborak, makan, dll. Bila tengok jam, baru pukul 10 mlm. Tapi sekarang dah ada semua benda.Contoh, seorang budak main game online start pukul 9 pagi, main punye main, dah pukul 5 petang???!!!Nampak tak...

Okey, dari segi rohaniyah pulak, masa berlalu dengan pantas disebabkan oleh kelalaian mereka sendiri! Memang tidak dapat dinafikan! Dan itulah kenyataan. Kita semua pernah melakukan kelalaian ini. Semua orang tidak terlepas dengan kelalaian ini, termasuk diri ana. Bila kita dah ada teknologi yang pesat, memang lalailah kita sampai waktu solat pun terlajak jauh giler bapak, dan menggunakannya kearah yang tidak sepatutnya. Allah telah berfirman, " Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali bagi orang-orang yang beriman, dan oarang yang berpesan-pesan pada kebaikan dan kesabaran." Dan antara tanda-tanda akan berlakunya kiamat, masa berlalu dengan semakin pantas, dek kelalaian manusia itu sendiri!

Jadi hipotesis yang ana boleh buat pada keadaan ini, semakin pesat teknologi, semakin cepat masa berlalu. Dan semakin manusia lalai dengan masa, semakin cepat masa berlalu! Renungkan seketika, bertaubat sebentar. Kita jumpa lagi...Wassalam...