Welcome to TaufiqOfficial .com

Lawati blog yang berkaitan: www.nukilan sanubari.wordpress.com & www.taufiqshaifudin-abgsidi.tumblr.com.

Jumaat, 18 November 2011

Adab Membeli Belah

  • Hendaklah membaca doa masuk ke pasar atau kedai.
  • Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja.
  • Elakkan berhutang!!
  • Dapatkan pandangan orang yang memang ahli dalam urusan pembelian jika membeli produk yang kita tiada ilmu tentangnya.
  • Elakkan pembaziran dengan membeli terlalu banyak atau membeli benda-benda yang tidak perlu.
  • Pastikan barangan itu HALAL!!!
  • Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar dengan kadar yang menzalimi hak orang yang kita berurus niaga dengannya.
  • Utamakan urus niaga dengan orang islam melainkan setelah tiada pilihan.
  • Sediakan senarai benda yang hendak dibeli.
  • Jaga muamalat lelaki dan wanita.
  • Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas dan sebagainya.
Inilah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi pada minggu ini. Semoga kita dapat mengamalkannya! :-)